Batasku Asaku
- Dato' Siti Nurhaliza
Bila ku tercipta dari tulang rusukmu
Mengapa ku mampu sempurnakan hidupmu
Bila ku ada karna kau ada
Mengapa kau tak bisa sendiri saja
Dalam teguh tak larut belaian
Ranum sahaja bukan hiasan
Untaian cinta gapai genggaman
Yakinkan mimpi dalam iman
Batasku sadari raut kudratku
Asaku menari terbalut sorbanmu
Lembutnya jiwa sambut nestapa
Terngiang syahdu iman di dada
Bila cerita tak lagi ceria
Mahligai cinta merona terlena
Senada iman ku simpan derita
Kuatkan hati bersimpuh padaNya
Bersimpuh padaNya
--------------------------------------------------------------------------
Aku tersentuh dengan rangkap pertama. Ia menceritakan kisah Hawa tercipta dari tulang rusuk Adam, dan tentang sifat bersamaan Adam dan Hawa. Aduh, aku tersentuh dengan rangkap tersebut, lagi-lagi keadaan diri ini yang dibuai bayu cinta yang menghembus kuat.
Andainya dikau tahu apa yang bergolak dalam jiwa ini,
andai kau tahu diri kau yang ku damba.
Andai kau tahu aku terasa akan lagu ini,
dan aku akui aku sebahagian dirimu.
Namun, kau tak tahu kan? Kau berperang dengan kisah lamamu, lantas menjadikan aku mangsa perjuanganmu yang entah mana penghujungnya. Kau pentingkan diri sendiri, memperlekeh dan mengetepikan perasaanku yang ikhlas kepadamu.
Aku tahu kau ingin menerimaku, namun kau masih takut dan ragu, akan pisang berbuah kedua kalinya. Aku tahu kau ingin merapatiku, namun kisah cinta lamamu yang menggamit naluri, menyekatmu keras.
Akulah mangsa perjuanganmu.
Kau ambillah masa, namun berilah aku peluang merasai kehangatan cinta, kerna aku sebahagian dirimu, WK.
No comments:
Post a Comment