18.2.10

Jiwaku terusik dek kelakuanmu

Belaian Jiwa
~Innuendo

Seindah tiada lagi
Kau ku ingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai
akhir hayatku di dunia ini

Kau tahu betapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Oh angin sampaikan laguku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah laguku jadi teman hidupmu
untuk selamanya

Kau tahu betapa ku sayang padamu
hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Sayang
Kembalilah padaku
ku rindu belaianmu
Kuharap kita bersama selamanya

Kau tahu betapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Belaian, belaian jiwa

-----------------------------------------------------------------

Jiwaku yang sediakala hancur sangat terusik dek kelakuan kau yang rumit ditafsir, sukar dirungkai. Aku tidak mengerti langsung, apa yang akan terjadi kini. Dirimu membisu seribu bahasa dan apa yang dirimu maksudkan sekarang?

Kau membiarku tergapai-gapai di lautan deras, sarat dengan kecewa. Kau hampakanku dengan terkuncinya bibirmu. Kau lukakanku dengan sikap acuh tak acuhmu. Kau mengguris hatiku, kembali berdarah setelah sekian lama tersemat rapi.

Mungkin ini suatu permainan bagimu? Mungkin ia suatu permainan keanak-anakan bagi dirimu, di mana kau dapat mengetepikannya begitu sahaja. Namun bagi diriku, inilah kali pertama setelah kecewa tiga tahun lalu, aku memberanikan diri sekali lagi menghadapi dugaan melayari dalam bahtera cinta.

Atau kelalianmu menghadapi keadaan sebegini telah mengeraskan jiwamu atau menyelaputi hatimu dengan perisai maha kuat? Namun perisai kau itulah yang melukaku dalam dan mengoyakkan luka-lukaku yang baru sahaja pulih dek sejuk cinta.

Teruknya sikapmu, sehingga titisan airmataku tidak kau saksi, hatiku yang luka parah tidak kau baluti, tubuhku yang lumpuh tidak kau papahi, akalku yang buntu berfikir tidak kau layani, perasaanku yang bergelora panas tidak kau redakan.

Awak. Sampai hati awak. Sampainya hati awak. Saya ikhlas. Sampai hati awak menodai keikhlasan saya, awak. Awak tak patut. Janganlah sebab awak saya berdendam dengan spesis yang namanya 'lelaki'. Jangan awak uji saya lagi, awak. Jangan.

Awak, stay away from me, for now.

No comments:

Post a Comment