Dipetik daripada majalah Sutra, edisi Januari 2011
Saya sekadar berkongsi buat rujukan semua rakan-rakan saya! :) Saya rasa maklumat ini sangat penting!
----------------
Jika ingin jadi wanita idaman jejaka, ketahui apakah yang boleh membuat mereka dahagakan kehadiran anda.
1) KELEMBUTAN
Lelaki inginkan wanita yang memiliki ciri-ciri kelembutan. Bagaimanapun, tidak bermaksud wanita itu harus lemah, terlalu bergantung padanya atau sebagainya. Sebaliknya, mereka mahukan wanita yang baik hati, lemah lembut dan prihatin pada segala yang mereka inginkan.
2) BERKEYAKINAN
Lelaki mencari wanita yang berkeyakinan, bijak dan tidak terlalu menurut. Namun ia bukan bermakna anda harus menjadi seorang yang degil. Apa yang mereka inginkan ialah wanita yang bersedia mempertahankan haknya jika kena pada tempatnya.
3) PENGGODA
Semasa detik awal perkenalan, lelaki mencari wanita yang suka menggoda tetapi tidak melibatkan sebarang sentuhan seksual. Mereka tidak suka wanita mengambil langkah pertama atau mengeluarkan komen berbaur seksual.
4) MEMAHAMI
Lelaki mudah jatuh cinta pada wanita yang lebih memahami dirinya. Mereka sukakan wanita yang dapat menerima diri mereka seadanya, memahami masalah mereka dan mampu meredakan diri mereka tanpa leteran.
5) LUCU
Setelah seharian bekerja, lelaki mencari wanita yang dapat menjadi pereda tekanan dan oleh itu, inginkan seseorang yang dapat membuat hati mereka senyum dan ketawa. Ia merupakan ciri yang mampu bertahan sampai bila-bila.
6) HORMAT
Apa yang lelaki perlukan ialah rasa hormat daripada wanita. Usah sekali-kali menjatuhkan air mukanya di hadapan teman atau di tempat awam. Jika ingin mengkritik sekali pun, lakukan dengan gurauan.
-----------------------------------------------------------------
Saya kurang pasti akan keberkesanan mahupun kesahihan rencana ini, tetapi kita sebagai wanita haruslah cuba cara ini? Wallahua'lam. :)
No comments:
Post a Comment