AKU betul-betul tersentuh dengan lagu nyanyian kumpulan nasyid terunggul Malaysia, Raihan, dengan penyanyi mapan, Manbai, iaitu Harapan Ramadan.
Sejak sekian lamanya, aku tercari-cari lagu ini, kerana aku langsung tidak tahu akan judulnya. Entah mengapa hari ini, hatiku tergerak menaip 'raihan+ramadhan' di laman perkongsian fail dan video, YouTube, dan syukur, berakhir sudah pencarianku selama ini. Ajaib, subhanallah! :)
Dayunya suara lunak Nazry Johani sungguh mencuit tangkai hati, sementara bait-bait senikatanya membisikkan peringatan kepada Yang Esa dan sedikit sebanyak menyemai rinduku kepada Ramadhan yang telah aku persia. Senilagunya pula sangat enak didengari, dengan tempo-temponya yang syahdu.
Entah sampai ke tidak aku ke Ramadhan yang seterusnya, kan? Lagu ini mengingatkanku tentang banyak Ramadhan yang sudah aku bazirkan begitu sahaja.
Tetapi, yang paling hairannya, lagu tersebut telah mencetuskan ilham untuk menghasilkan filem pendek - tentang Ramadhan, tentang ibu bapa, tentang kesedihan, tentang kekecewaan.
Aku kecewa telah mempersia Ramadhan yang mulia, sedih tidak serakah merebut ganjaran pahala yang berlipat-ganda. Aku lalai dengan tarikan duniawi yang aku sendiri tahu tidak kekal. Aku meratapi kehilanganku.
Hmm, haruskah aku jejaki resa yang entah bila timbul dan tenggelamnya?
Namun, Ramadhan yang lalu membawa kenangan yang manis kerana aku menyambutnya buat kali pertama dan terakhir buat masa ini di tempat yang sangatku hargai, di mana aku meraih peluang dan pengalaman yang tiada tolok bandingnya.
Akhir kalam, nikmatilah alunan lagu mengasyikkan disertakan senikata menyentuh jiwa ini:
HARAPAN RAMADHAN
Raihan feat ManBai
Ku mengharapkan Ramadhan
kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
dengan sempurna
Selangkah, demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan
kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapatku lenturkan
nafsu yang selalu membelenggu diri
tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan
kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan
diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatmu, oh Tuhanku
Ku tempuh jua
No comments:
Post a Comment