22.11.09

Memang padan muka. Padan muka kena bermakan hati, berulam jantung, sekali lagi dalam hidup.

Kau cintakan dia, tetapi mati-mati kau menafikannya. Sekarang, terimalah padahnya. Dia sudah beralih arah, meninggalkan diri kau yang betul-betul tidak mengenal erti cinta. Kau telah membazirkan peluang keemasan yang kau ada.

Kau seharusnya berkata jujur, kau seharusnya berani menegakkan cintamu. Kini, dia terlepas dari tanganmu begitu sahaja. Kau cintakannya, kau cintakannya, tetapi kau menafikannya. Kau menolak dirinya sekeras-kerasnya. Dia telah menghulurkan salam cintanya kepadamu, namun, kau menolak.

Kini, terimalah padah. Kau meraunglah sendiri meratap nasib. Padan muka. Memang padan muka. Ya Allah, dia telah memberi utusan kasihnya kepadamu, namun, egomu mengatasi segala-galanya kan? Kau lebih mementingkan ego sendiri daripada mendapatkan kehangatan kasih kan? Ya kan? Dia telah memberimu peluang sejak tujuh tahun yang lalu. Kau tahu dia memberimu peluang.

Namun, kau tetap mensia-siakannya. Kini, dia pergi menjauh. Kau? Di sini, kekal meratapi nasib. Kekal. Dia mengecapi bahagia, kau bernista kesedihan sendiri. Kau memang. Perempuan yang tak kenal erti cinta.

No comments:

Post a Comment