25.3.10

Anak Wayang!

EEEE. Tak sabar untuk menanti hari esok! Pementasan 'Anak Wayang' arahan Marina Yusoff dan Adel Dzulkarnaen itu antara persembahan yang sangat aku nanti-nantikan!

Harap-harap aku tak akan dikecewakan! :)

Semoga Tuhan melindungi tutur bicara, tatasusila dan profesionalisme aku kelak. Amin.

--------------------------

Hmm, ada kekata seorang dua hamba Allah, yang ku kenal sekitar setahun lalu di sana, yang aku dapati sangat mencurigakan.

Ingin sahaja diri ini melukis impian indah, mengharapkan sinar mencapai impian itu menyaluti diri ini sekali lagi dan memarakkan semangatku dalam bidang ini lagi.

Namun, aku harus berpijak di bumi nyata dan tidak sesekali berani menyulam mimpi tersebut. Bahaya. Aku tidak ingin jatuh kecundang, sekali lagi dirundung kecewa. Jika memang jodohku dengan bidang ini, akan tersedialah peluangku kali ini. Jika tidak, akanku meneruskan hidup, berikhtiar dan tidak berputus asa, insya allah.

Masih jelas lagi aku kepada tempoh dua bulan bermula enam bulan lalu, sekitar Oktober. Tidak lalu makan, tidak langsung mengenakan alat solek, tidak keluar rumah langsung, dan paling genting, asyik sahaja menitiskan airmata, pabila kenangan di sana menerjahi biadab ruang penglihatanku.

Aku seperti anak ayam kehilangan induknya, seperti layang-layang terputus talinya. Aku rasa aku dibawa pergi dari kehidupan sendiri.

Akan tetapi, sehingga kini, aku masih mendambakan tempat itu. Tempat di mana aku banyak menimba ilmu, pengalaman dalam pelbagai cabang bidang itu. Aku mempelajari kemahiran berhubungan dengan ramai orang yang bukan seusiaku, dengan atasanku, dengan orang luar.

Sungguh. Tak ternilai pengalaman itu semua. Takkan ku lupa sehingga mati. :)

Namun, doaku tidak putus-putus agar Tuhan mengabulkannya dan mengembalikanku ke tempat itu. Amin..

No comments:

Post a Comment